Jumaat, 6 Mac 2009

kisoh chipsmore,,,By mR Bacha

(kawe copy paste jah kisoh kali ni dr blog geng kawe  sbb ayat chipsmore ni mr bacha ade sebut sokmo utk sorang mamat tu,,,so cha bleh dok kite samekan mamat tu nga chipsmore ni pulok)


Chipsmore zaman dulu.











Bila tengok anak-anak makan biskut chipsmore, Pak Man teringat zaman kanak-kanak Pak Man dulu. Pak Man membesar dengan makanan-makanan kampung. Biasanya harga murah, senang didapati, dan kadang-kadang boleh dapat dengan percuma.

Kami tak ada makanan yang mewah-mewah, tapi alhamdulillah syukur........dapat juga hidup sampai sekarang ni. Panjang juga umur kami sama seperti orang lain yang membesar dengan makanan yang mahal-mahal.

Salah satu makanan yang selalu Pak Man beli bila balik dari mengaji ialah seperti dalam gambar di atas. Harganya 10 sen untuk 10 keping, kelapa parut percuma.

Rupanya sama macam biskut chipsmore, tapi rasanya lagi sedap!

Bleh kawan2 semua beli jering kat pasar dan rebus. Selamat mencuba.