Rabu, 5 November 2008

KISOH CELEBRITI DARI EPOI.com


(menurut epoi awek ni dlm tagged.com ia gune name Puteri Raudah tp sblm tu epoi pom dpt tahu dr rinngo gok sbnrnye)

Kisah Aziz M Osman ....2 Nov 2008

“Bukan salah dia. Dia tertipu…” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai.“Perkahwinan anak saya tidak sah keranawanita yang dikahwininya masih dalam tempoh edah.Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana kecewa dan berasa ditipu.“Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar."Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah,” katanya.Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz bertemu jodoh lebih baik pada masa depan.“Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia tetapi belum kesampaian,” katanya.Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu.

Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.

Tiada ulasan: